Berdoa berlindung dari fitnah
عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِىٍّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَجْبَرَتْهُ أَنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
كانَ يَدْعُو فِى الصَّلاةِ
اللهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَأَعُو ذُبِكَ مِنْ فِتْنَهِ الْمَسِيْحِ الْدَّجَّالِ
وَأَعُو ذُوبِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
اللهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنَ الْمَأْ ثَمِ وَالْمَغْرَمِ
قَالَتْ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيْذُ
مِنَ المَغْرَن يَرسُولُ الله فَقَالَ
إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فأَجْلفَ
Dari Aishah r.a., katanya :
"Rasulullah s.a.w. berdoa dalam sembahyang ;
"Oh Tuhan, aku berlindung kepada Mu dari azab kubur
dan aku berlindung dari huru-hara dajjal.
dan aku berlindung dari fitnah hidup dan kematian,
Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari dosa dan hutang,
Kata Aisyah : Berkata seseorang kepada beliau :
"Alangkah banyak tuan meminta perlindungan dari hutang,
ya Rasulullah s.a.w. : Jawab beliau "Sesungguhnya apabila
seorang berhutang , kerap kali ia berkata dusta dan mungkir janji.
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab berdoa sebelum berjimak
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صلعم
لَوْ اَّنَّ اَحَدُهُم اِذَا اَرَدَ أَنْ يَّاتِى أَهْلَهُ قَالَ
بِاسْمِ الله اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ
مَا رَزَقْتَنَا فَاِنَّهُ اِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا
وَلَدٌ فِى ذَالِكَ لَنْ يَضُرُّهُ شَيْطَانٌ ابدًا
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Kalau sekiranya seseorang hendak campur isterinya dan dia membaca
Dengan nama Allah, Ya Allah ! jauhkan kiranya syaitan dari kami
dan jauhkan dari (anak) yang engkau berikan kepada kami
Kalau ditakdirkan kerana itu keduanya (suami isteri) beroleh anak
nescaya syaitan tidak dapat membahayakan anak itu buat selama-lamanya
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab waktu sebaik-baik berdoa
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ
وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَلْثِرُوا الدُّعَاءَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya ialah waktu sujud
oleh kerana itu perbanyakkanlah doa ketika itu."
Hadis sahih riwayat Muslim
Doa ketika sujud
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كانَ يَقُولُ فِى سُجُودِهِ اللهُمَّ اَغْفِرْلِى ذَنْبِى كُلَّهُ
دِقَّهُ وَجِلَّهُ وَأَوَّلَهُ وَاَخِرَهُ وَعَلاتِيَتَهَ وَسِرَّهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Adalah Rasulullah s.a.w. membaca ketika sujud :
"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, baik yang kecil maupun besar
yang mula-mula dan yang penghabisan, yang terang-terangan dan yang tersembunyi."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab Doa keburukan terhadap musuh
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ بِكِتَابِهِ رَجُلا وِاَّمَرَهُ
أَنْ يَدْفَعَهُ اِلَى عَظِيمِ الْبَحْرَيْنِ فَدَ فَعَهُ عَظِيمُ
الْبَحْرَيْنِ اِلَى كِسرَى فَلَمَّا قَرَأَهُ مَزَّقَهُ
فَحَسِبْتُ أَنَّ ابْنَ الْمُسَيِّبِ قَالَ فَدَعَا رَسُولُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُمَزَّقُوا كُلَّ مُمَزَّقٍ
Dari Abdullah bin Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah sa.w.
mengirimkan surat dengan perantaraan seorang leleki dan menyuruh
agar menyampaikan surat tersebut kepada pembesar
yakni penguasa yang memerintah negeri Bahrain.
Kemudian pembesar Bahrain itu menyampaikannya kepada Kisra
yakni Raja Parsi atau Iran. Setelah Kisra membacanya lalu
ia pun merobek-robek surat itu. Aku yakni Abdullah bin Abbas
memperkirakan bahwa Ibnul Musayyab iaitu orang yang diutus
menyampaikan surat berkata :
"Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa atas mereka ertinya
mendoakan agar bangsa Parsi ditimpa bencana iaitu supaya
mereka itu akan dirobek kesatuan dan kerajaannya dengan
robekan yang tersangat.
Hadis sahih riwayat Bukhari
Tidak ada komentar:
Posting Komentar