Bab golongan yang mendapat perlindungan Allah
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة
قَلَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
سَبْعَةٌ يُظِلُهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ اِلا ظِلِّهِ
اَلامَامُ الْعَادِلُ, وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللهِ ,
وَرَجُلٌ قَلـْهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمَسَاجِدِ,
وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ,
وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتَ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ
فَقَالَ اِنِّى اَخَافُ اللهَ,
وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخَفَاهَا حَتَّى لا تَعْلَمُ
يَمِيْنُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ ,
وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tujuh golongan dilindungan Allah di hari yang tidak ada lindungan
selain lindunganNya :
Imam(pemerintah) yang Adil dan pemuda yang masa mudanya
dipergunakannya untuk beribadat kepada Allah,
dan seorang lelaki yang hatinya terikat ke masjid,
dan dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah,
dan seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan bangsawan dan jelita
tetapi lelaki itu menolak dengan mengucapkan :
"Sesungguhnya saya takut kepada Allah"
dan seseorang yang bersedekah dan disembunyikan
sehingga tangan kanannya tiada mengetahui apa yang nafkahkannya
oleh tangan kirinya
dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sendirian
lalu berlinangan air matanya."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab amalan yang baik
عَنْ عَبْدِاللهِ بْن عَمْرٍ
وَأَنَّ رَجُلا سأَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَيُّ الاسْلامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ
وَتَقْرَأُ السَّلامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Dari Abdullah bin 'Amr, katanya :
Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. katanya :
"Perbuatan apakah yang sebaik-baiknya dalam Islam?"
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Mendermakan makanan dan memberi salam kepada
orang yang engkau kenal dan belum engkau kenal."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab 'amal selepas mati
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ
اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ
أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya
kecuali tiga, sedekah jariah,
atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab mendoakan orang yang memberi sedekah
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ أَبِى أَوْفَى قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
اِذَا اَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ
اَللهُمْ صَلِّ عَلَيْهِمْ فَأَتَاهُ أَبِى أَبُوْ أَوْ فَى بِصَدَقَتِهِ
فَقَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَى الِ أَبِى أَوْ فَى
Dari Abdullah bin Aufa r.a katanya:
Apabila satu kaum datang membawa sedekah mereka
Beliau mendoakan : "Ya Allah, Berilah mereka rahmat"
Abu Aufa datang membawa sedekahnya lalu beliau mendoakan
"Ya Allah , berilah keluarga Abu Aufa rahmat."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab perintah infak harta yang ada
عَنِ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
اِنَّ اللهَ قَالَ لِى اَنْفِقْ اُنْفِقُ عَلَيْكَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يَمِيْنُ اللهِ مَلاى لا يَغِيضُهَا سَحَّاءُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَا
رَأَيْتُمْ مَا اَنْفَقَ مُذْ خَلَقَ السَّمَاءَ وَالأرْضَ
فَإِنَّهُ لَمْ يَغِضْ مَا فِى يَمِيْنِهِ قَالَ وَعَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ
وَبِيَدِهِ الاخْرَى الْقَبْضُ يَرْفَعُ وَيَخْفِضُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya Allah berfirman kepadaku :
"Nafkahkanlah hartamu nanti Aku akan memberi pula kepadamu!"
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tangan kanan (sumber pemberi ) Allah selalu penuh, selalu mengalir,
tiada berkurang baik siang atau malam.
Tidakkah kamu ketahui apa yang dinafkahkan Allah semenjak
Dia menjadikan langit dan bumi, sesungguhnya tidak kurang apa
yang ditangan Allah (sumber pemberian). Singgahsana Allah di atas air.
Di tanganNya yang sebelah menahan pemberian , meninggikan dan merendahkan."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab perbuatan baik adalah sedekah
عَنِ ابْنُ أَبِي شَيْبَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ
Dari Ibnu Abu Syaibab r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Setiap perbuatan baik itu sedekah"
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab amalan menyamai sedekah
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
مِنَ النَّاسِ عَلَيهِ صَدَقَةٌ كُلِّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ
الشَّمْسُ تَعْدِلُ بَيْنَ الإِثْنَيْنِ صَدَقَةٌ
وَتُعِينُ الرَّجُلَ فِى دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا
اَوْ تَرفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ
وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ
تَمْشِيهَا اِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ
وَتُمِيطُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ
Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya
pada setiap hari matahari terbit, kamu melakukan keadilan
diantara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah
kamu membantu orang yang menaiki kenderaan atau
kemu mengangkat barang-barang untuknya kedalam
kenderaan adalah sedekah, Perkataan yang baik adalah
sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan
solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara
yang menyakiti di jalan adalah sedekah."
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim
Bab banyak jalan untuk bersedakah
عَنْ أَبِي ذَرٍّ
أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالُوا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالْأُجُورِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي
وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ أَمْوَالِهِمْ
قَالَ أَوَ لَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ مَا تَصَّدَّقُونَ إِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةً
وَكُلِّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةً
وَكُلِّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةً وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ
وَنَهْيٌ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةٌ وَفِي بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
أَيَأتِي أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ
قَالَ أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِي حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ
فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِي الْحَلالِ كَانَ لَهُ أَجْرًا
Dari Abu Dzar r.a. (menceritakan) :
"Bahawa beberapa orang dari sahabat Nabi s.aw.. mengatakan kepada Nabi s.a.w.
"Ya Rasulullah ! orang-orang kaya (mampu) berangkat dengan pahala yang banyak.
Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahayang,
mereka puasa sebagaimana kami puasa,
dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka".
Nabi s.a.w. menjawab :
"Bukankah Allah telah mengadakan untuk kamu apa yang akan kamu sedekahkan?
Bahawa membaca SubhanaAllah itu sedekah,
membaca Allahu Akbar sedekah,
membaca Alhamdulillah sedekah,
membaca 'la ilaha illah' sedekah,
menyuruh berbuat baik sedekah,
mencegah berbuat salah sedekah
dan berkenaan dengan kemaluan salah seorang kamu (berjima'), juga sedekah
Mereka bertanya :
"Ya Rasulullah ! apakah seseorang kami melepaskan syahwatnya
akan beroleh pahalakah dia kerananya ?"
Nabi s.a.w. menjawab :
"Adakah kamu mengetahui , kalau syahwat dilepaskan secara haram
apakah kerananya dia akan memperoleh dosa?
Begitu pula kalau dia melepaskan syahwatnya
dengan cara yang halal tentu dia akan memperoleh pahala"
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab bersedekah menyelamatkan diri dari neraka
عَائِشَةَ تَقُولُ
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ إِنَّهُ خُلِقَ كُلُّ إِنْسَانٍ مِنْ بَنِي آدَمَ عَلَى سِتِّينَ
وَثَلَاثِ مِائَةِ مَفْصِلٍ
فَمَنْ كَبَّرَ اللَّهَ وَحَمِدَ اللَّهَ وَهَلَّلَ اللَّهَ وَسَبَّحَ اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ اللَّهَ
وَعَزَلَ حَجَرًا عَنْ طَرِيقِ النَّاسِ أَوْ شَوْكَةً أَوْ عَظْمًا عَنْ طَرِيقِ النَّاسِ
وَأَمَرَ بِمَعْرُوفٍ أَوْ نَهَى عَنْ مُنْكَرٍ عَدَدَ تِلْكَ السِّتِّينَ
وَالثَّلَاثِ مِائَةِ السُّلَامَى فَإِنَّهُ يَمْشِي يَوْمَئِذٍ وَقَدْ زَحْزَحَ نَفْسَهُ عَنْ النَّارِ
Dari 'Aisyah r.a. katanya :
"Rasululah s.aw. bersabda :
"Sesungguhnya setiap manusia diciptakan mempunyai
tiga rasus enam puluh potong (persendian)
Sesiapa yang mengucapkan
Allahu Akbar, membaca Alhamdulillah,
membaca la ilaha illah dan mengucapkan 'astaghfirullah'
sebanyak tiga ratus enampuluh kali
sebanding dengan jumlah persendiannya
membuang batu dari jalan , membuang duri atau tulang dari jalam umum
menyuruh mengerjakan perbuatan baik atau mencegah permuatan mungkar
nescaya dia berjalan di hari itu telah menyelamatkan dirinya dari Neraka".
Hadis sahih riwayat Muslim
عَنْ أَبِي بُرْدَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ قِيلَ أَرَأَيْتَ إِنْ لَمْ يَجِدْ
قَالَ يَعْتَمِلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ
قَالَ قِيلَ أَرَأَيْتَ إِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ قَالَ يُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ
قَالَ قِيلَ لَهُ أَرَأَيْتَ إِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
قَالَ يَأْمُرُ بِالْمَعْرُوفِ أَوْ الْخَيْرِ
قَالَ أَرَأَيْتَ إِنْ لَمْ يَفْعَلْ
قَالَ يُمْسِكُ عَنْ الشَّرِّ فَإِنَّهَا صَدَقَةٌ
Dari Abu Burdaah .r.a.
Dari Nabi s.a.w. bersabda :
"Kewajipan setaip orang Islam bersedekah"
Ada orang bertanya : "Bagaimana pendapat engkau
kalau tidak memperoleh (apa yang disedekahkannya)?"
Beliau s.a.w. menjawab :
"Bekerja dengan tangannya lalu dimanfaatkannya
untuk dirinya dan disedekahkannya".
Ditanyakan : "Bagaimanakan pendapat engkau kalau dia tidak sanggup?"
Beliau s.a.w. menjawab :
"Ditolongnya orang berkepentingan yang memerlukan bantuan"
Ditanyakan : "Bagaimanakan pendapat engkau kalau dia tidak sanggup?"
Nabi s.a.w. menjawab :
"Dia menyuruh mengerjakan perbuatan baik"
Ditanyakan : "Bagaimanakan pendapat engkau kalau dia tidak sanggup?"
Beliau s.aw. menjawab :
"Mengentikan beruat kejahatan dan sesungguhnya itu
merupakan sedekah".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab mudahnya bersedekah
عَنْ أَبُو هُرَيْرَةَ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كُلُّ سُلَامَى مِنْ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ
قَالَ تَعْدِلُ بَيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ وَتُعِينُ الرَّجُلَ فِي دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا
أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ
قَالَ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَكُلُّ خُطْوَةٍ تَمْشِيهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ
وَتُمِيطُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Segenap persendian manusia wajib bersedekah, pada setiap hari
yang disitu terbit matahari.
Mengadili perkara diantara manusia itu sedekah,
Menolong orang lain berkenaan dengan binatangnya (kenderaannya)
menolong mengangkatnya naik ke atas binatang (kenderaannya)
atau menaikkan barang-barangnya ke atas binatang (kenderaannya)
semua itu sedekah. Ucapan yang baik itu juga sedekah.
Setiap langkah perjalanan pergi sembahyang, sedekah
Membuang yang membahayakan dari jalan juga sedekah."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab Malaikat mendoakan orang yang bersedekah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ
فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا
وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Dari Ahu Hurairah r.a. katanya :
Rasulllah s.a.w. bersabda :
"Setiap hari ketika manusia berada di waktu pagi,
turunlah dua malaikat. Yang seorang mengucapkan :
"Ya Allah ! Berikanlah ganti kepada orang yang menafkahkan hartanya"
Dan yang seorang lagi mengucapkan :
"Ya Allah ! Berikanlah kemusnahan kepada yang tidak menafkahkan hartanya."
Hadis sahih riwayat Muslim
Tidak ada komentar:
Posting Komentar